Tuesday, April 26, 2016
TELEKUNG RAMADHAN
EDISI RAMADHAN
KHAS UNTUK RAMADHAN 1437
TELEKUNG HAWAA FIRDAUS RAMADHAN
HARGA RM60 DAN PERCUMA SEPASANG STOKING
MERAIKAN RAMADHAN YANG BAKAL TIBA.
HAWWA FIRDAUS menawarkan telekung edisi RAMADHAN.
Harga ISTIMEWA RM60.
PERCUMA SEPASANG STOKING.
Ukuran dari dagu 31"
Ukuran belakang 45"
Telekung sahaja tanpa kain tanpa poket.
Saiz muka M dan L.
Telekung HAWWA FIRDAUS RAMADHAN
tidak labuh dan sangat sesuai untuk dipakai ketika mengerjakan solat berjemaah.
Labuh telekung tidak akan mengganggu jemaah di sebelah menyebelah.
Jenis kain Poplin cotton.
STOKING HAWWA FIRDAUS dijahit menggunakan jenis kain yang tebal dan tidak licin sesuai dipakai ketika solat.
Warna stoking mengikut stok yang ada.
Monday, April 25, 2016
KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 24/4/16
Nor dari Cheras jadi peserta tunggal sebab seorang lagi dari Cheras juga tak dapat hadir atas sebab keluarga. Tak apa, kelas di bawa ke hadapan.
Nor memang dah pakar amenjahit jadi tak ambil masa lama untuk belajar ilmu baru.
Selamat berjaya didoakan untuk Nor jika pilih untuk berniaga telekung.
Friday, April 22, 2016
STOKING DIY
Lama sungguh tak jahit stoking untuk diri sendiri. Jumpa kain denim ni dalam simpanan, sesuai sangat untuk dijadikan stoking. Kain ada 2 tone warna jadi tak perlu cari kain lain untuk beri sentuhan 2 warna kepada stoking.
Bahagian atas buku lali dipanjangkan supaya tidak nampak aurat jika kain terselak. Maknanya bahagian itu, kita boleh panjangkan ikut selera kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)












