Tidak dapat disangkal betapa jimatnya jika pandai menjahit sendiri pakaian. Bermula dari tudung
di kepala, baju di badan dan setokin di kaki....ya! kak zai dah boleh jahit sendiri setokin dari perca
kain lycra :)
Bagi mereka yang ada minat menjahit, dari 'O knowledge' pun boleh jadi 'expert'.
Minat memang amat penting kalau nak buat sesuatu, kita tak rasa terbeban atau tertekan
walaupun menjahit sampai tengah malam.
Kak zai jahit baju kurung yang pertama ketika umur 36 tahun..dah lama tu :) Sejak tu tak
pernah upah dah.
Belajar jahit tudung dengan zila kasim akhir tahun 2008...ramai2 berkumpul kat Bangi dari pagi
sampai petang nak dapatkan ilmu.....berbaloi....dan terima kasih zila kerana sudi berkongsi.
Dapat setokin yang unik ketika ke Sarawak...tertarik dengan setokin yang dipakai Pn Rosmawati
ada kain polos ada kain corak. Hari nak balik dapat sepasang untuk dijadikan contoh...terima
kasih Rosmah. Kain perca yang berbeg2 tu nanti ada gunanya.
Tunggu posting seterusnya......kak zai bagi tip untuk menjahit tudung.
untung kan kak, sya jahit lencana pd tudung anak pun berchinta.....
ReplyDeleteapa yg boleh kita jht sendiri tu buatlah..mcm lencana tu jht tangan pun ok.
ReplyDelete