Tuesday, May 31, 2011

TIP JAHIT TUDUNG...CARA GUNTING KAIN


Pola dah ada..kain dah beli..jarum emas dapat satu...pengeras pun ada......

Masih ada yang bertanya nak guna kain apa untuk buat tudung, jawapannya ialah kain jersey atau lycra.. bidang kain tu..biasanya 58" ke 60" Jenis yang berat bila di pegang sesuai sangat sebab bila dah siap tudung cantik je jatuhannya.

Ok macam mana nak gunting kain? Bentangkan kain, dan lipat secukup saiz pola, cara melipat ada 3...dilipat serong, dilipat ikut ira kain, dilipat ikut bidang iaitu tepi kain bertemu. Kak zai paling suka cara ketiga sebab kain lebih anjal..dan paling kurang kemungkinan tudung jadi ketat di kawasan dagu.

Jika kain bercorak elakkan melipat kain cara serong...ini untuk mengelak kecelaruan corak di tempat cantuman.

Jangan lupa guna gunting yang tajam...O ya tak perlu basi :)

No comments:

Post a Comment