Stokin dari kain perca lycra. Gabungkan pelbagai warna dan corak supaya ada kelainan.
Sesuai dipakai di dalam rumah, dengan kasut, ketika tidur, ketika solat.
Dicadangkan sentiasa simpan sepasang dalam beg tangan untuk kegunaan ketika solat di luar contoh surau atau masjid. Kain sembahyang kadang2 terlalu pendek dan ketika sujud akan nampak kaki.
Di atas ialah pola untuk stokin telah ditanda bahagian untuk lipatan kain.
A ialah bahagian buku lali dan tumit
B ialah bahagian atas kaki
C ialah bahagian tapak kaki
D ialah bahagian atas buku lali
Ini pula disertakan ukuran setiap bahagian (termasuk basi)
Perlu diingatkan ini adalah asas, boleh tambah atau kurangkan mengikut saiz kaki.
CARA JAHIT: Jahit cantum bahagian A ke B
Lepas itu cantum ke C
Akhir sekali cantum bahagian D
Cantuman guna mesin jahit tepi yang halus jahitannya.
Kalau tak ada boleh guna mesin biasa.
Dengan ini kak zai dengan ikhlas hati mengizinkan pengambilan ukuran pola stokin.
SELAMAT MENJAHIT
SELAMAT MENJAHIT
PERHATIAN : UKURAN PANJANG UNTUK BAHAGIAN C IALAH 9"
Assalamualaikum Kak Zai. Boleh cerita bagaimana mengukur kaki untuk pola stokin ni?
ReplyDelete