TELEKUNG UNTUK PUTERI

Thursday, November 13, 2014

TELEKUNG UNTUK PUTERI






BISMILLAH.

ALHAMDULILLAH.

Akhirnya impian menukarkan bukunota jahitan telekung kepada Buku tercapai.

Bermula dengan Nota Jahitan Telekung di awal 2013, diikuti dengan buku nota jahitan telekung kanak kanak yang dinamakan TELEKUNG UNTUK PUTERI dalam tahun 2014. 

Inshaallah Nota Jahitan Telekung juga akan ditukar menjadi .Buku.

Sepanjang pengetahuan, belum ada mana mana syarikat penerbitan yang menerbit Buku mengenai jahitan telekung.  Mudah2an Buku buku ini akan menjadi pemecah pandangan dan pendapat yang jahitan telekung tidak 'glamour' dan tidak menjanjikan pulangan yang lumayan.

Pada mata kasar memang begitulah, menjahit kain putih untuk dipakai ketika solat tidak menarik, tidak ada bentuk istimewa, tidak ada.....'glamour'.

Apakah kelebihan menjahit telekung?  Dilakukan dengan niat yang betul, ia mendatangkan pahala yang tidak nampak di mata. Ia mendatangkan satu kepuasan bila telekung yang dijahit dibawa ke Tanah Haram untuk ibadat Umrah dan Haji.

TELEKUNG UNTUK PUTERI,  Buku ini ditulis dengan niat dapat membantu
 para Ibu menjahit sendiri telekung untuk Puteri puteri.  Apa sahaja yang dibuat sendiri akan menjimatkan wang ringgit.

Kandungan Buku bermula dengan bahan bahan yang diperlukan, cara mengambil ukuran sehinggalah cara menjahit telekung dan kainnya.

Ada anggaran ukuran untuk Pjuteri Puteri yang berumur 1 tahun hingga 12 tahun.

Ada 34 mukasurat penuh warna warni dicetak atas kertas yang bermutu tinggi.

Saiz A5.

Harga RM25 Semenanjung
           RM27 Sabah /Sarawak
TIDAK TRMASUK KOS PENGHANTARAN.

Untuk pembelian sila hubungi 0123569717 atau email zairafim@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...