TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID. Show all posts
Showing posts with label KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID. Show all posts

Wednesday, October 16, 2019

KELAS JAHIT TELEKUNG DI SURAU UBUDIAH SERI GOMBAK 12/10/19






























Sekali lagi kelas jahit telekung diadakan di Surau Ubudiah Seri Gombak.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Surau.

Peserta kali ini terdiri dari kakak ipar dan adik ipar yang kebetulan mempunyai hobi yang sama iaitu menjahit, mereka juga bekerja dalam pejabat yang sama. Puan Anie dan Puan Has dari Keramat.

Seorang lagi datang dari jauh, Puan Siti datang dengan keluarga dan menyewa hotel.

Alhamdulillah mereka dapat siapkan telekung Min-ta. Teknik jahitan untuk menghasilkan telekung khas untuk pemakai cermin mata.  Teknik jahitan juga boleh menghasilkan telekung biasa. Satu teknik menghasilkan 2 jenis telekung.

Kata Puan Anie, dia belajar jahit telekung untuk jahit telekung keluarga, Anak anak tinggi jadi telekung di pasaran kurang sesuai.


Semoga berjaya menjahit telekung seterusnya.

Pahala yang berterusan.

Thursday, May 16, 2019

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 11/5/19

















11/5/19

RAMADHAN

Kelas ini diadakan pada bulan Ramadhan walaupun kebaisaannya tiada kelas pada bulan puasa di tahun tahun sebelumnya.

Peserta peserta kelas bakal diserapkan ke Team Telekung Masjid Al Khairiyah.

Ketiga tiga peserta adalah anak kariah masjid Al Khairiyah.

Semua sudah ada kemahiran menjahit, jadi mudah dan cepat belajar ilmu jahit telekung.

Semoga mereka beroleh pendapatan juga pahala dengan menjahit telekung.

Tuesday, April 23, 2019

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 13/4/19

















Kelas jahit telekung 13/4/19

Peserta muda muda belaka.  Bagus orang muda suka menjahit dan mencari ilmu.

Mis dari Selayang.

Aina dari Kepong.

Mesin Singer kepala hitam selepas ditukar motor dan pedal kaki masih berfungsi.  Jahitan masih elok.

Pesan biasa kepada setia peserta, Selepas dapat ilmu MESTI  cuba jahit lagi supaya tidak lupa.

Guna telekung lama unntuk praktis jahit.

Semoga berjaya mengasah bakat menjahit telekung kepada Mis dan Aina.


Thursday, February 7, 2019

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 19/1/19















Lambat sungguh update blog mengenai kelas ini.

Malas?  tak mau malas.
Anak guna laptop? Mungkin..tapi itu bukan alasan.
Bertangguh?  Rasanya itulah. Bad habit!



Ok...kelas pada 19/1/19 dihadiri 3 peserta.

Puan Ani dari TTDI
Puan Rima dari Shah Alam
Puan Habsah dari Selayang


Mereka belajar cara jahit  teknik telekung Min-ta.

Satu teknik dua hasil.

Selamat berjaya students ku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...