TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label TELEKUNG CERMIN MATA. Show all posts
Showing posts with label TELEKUNG CERMIN MATA. Show all posts

Monday, October 29, 2018

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 27/10/18
















Kelas jahit telekung pada 27/10/18 dihadiri Puan Marzita dari Putrajaya dan kakak iparnya Puan Rozie dari Cheras.

Marzita sudah lama beli buku Telekung Untuk Bonda dan dah pandai menjahit. Beliau rekomen kakak ipar belajar telekung ikut kaedah yang betul. Sebelum ini Rozie pernah belajar tetapi kurang puashati. Rozie memang dah cekap menjahit, Bila dah pandai jahit telekung cara yang betul beliau rasa lebih bersemangat.

Oleh sebab kedua2nya dah pandai menjahit, sebelum Zohor dah hampir siap jahitan.

Marzita merupakan peserta pertama belajar cara jahit Telekung Minta di dalam kelas.

Telekung Min-ta ialah telekung khas untuk mereka yang memakai cermin mata. Kaedah jahitan yang mudah dan cepat.  Boleh juga dijahit telekung biasa dengan kaedah ini.

Kedua2 peserta sudah merasa senang dengan cara jahitan ini.


Monday, June 18, 2018

TELEKUNG MIN-TA





 Rosmah ialah antara pelajar kelas jahitan telekung. Sudah lama tak ingat tahun bila. Beliau adalah pelajar pertama menjahit Telekung Min-ta beberapa hari sebelum bertolak ke Mekah/Madinah untuk mengerjakan Umrah.





Daripada satu doa supaya diberi ilham untuk mencipta satu kelainan kepada telekung yang biasa maka Allah ilhamkan Telekung Min-ta.
Khas untuk mereka yang perlu memakai cermin mata ketika solat. Kenapa perlu pakai cermin mata ketika solat? Jangan terkejut jika antara sahabat kita ada yang tidak dapat agak jarak sejadah ketika hendak sujud.
Ramai yang perlu memakai cermin mata untuk membaca Al Quran selepas solat. Salah bacaan sebab huruf jadi samar samar.
InshaAllah, dengan Telekung Min-ta, tidak ada masalah untuk memakai cermin mata pada bila bila masa.
Bingkai cermin mata tidak menyentuh rambut jadi tidak perlu risau akan ada helaian rambut yang terkeluar bila menarik bingkai tersebut.
Muka telekung juga akan sentiasa kemas melekap tanpa ada gelembung sebab bingkai cermin mata dimasukkan ke lubang khas.


Siapa sesuai pakai Telekung Min-ta?
* Sudah tentu mereka yang rabun.
* Mereka yang meningkat usia dan mata mula kabur.
* Juga jemaah Umrah dan Haji yang ingin memakai cermin mata hitam.


Kenapa nama MIN-TA?
Ia gabungan sukukata dari perkataan cerMIN dan maTA.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


TELEKUNG MIN-TA..Ilham dari Allah.


Berminat atau ada pertanyaan boleh terus whatsapp :
www.wasap.my/60123569717

Sunday, February 4, 2018

TELEKUNG CERMIN MATA - SATU INOVASI









TELEKUNG CERMIN MATA

Satu inovasi telekung. 

Belum ada rekod ia pernah dijahit sebelum ini.

Ia ilham dari Allah hasil pemerhatian.

Ia menyelesaikan masalah mereka yang terpaksa memakai cermin mata kita solat.

Jangan terkejut ada yang terpaksa pakai cermin mata ketika solat sebab mereka tidak dapat agak jarak sejadah ketika hendak sujud.

Bagi mereka yang rabun, cermin mata akan dipakai untuk membaca Al Quran ketika di masjid atau surau.

Untuk jemaah Umrah dan Haji, ramai juga memakai cermin mata hitam.

Bila bingkai cermin mata dimasukkan ke dalam telekung biasa, bahagian muka akan kelihatan sedikit kembung dan apabila ditarik keluar, kemungkinan besar sebahagian rambut akan terkeluar dari telekung.

TELEKUNG CERMIN MATA boleh selesaikan masalah yang disebut di atas.

Gambar gambar pemakai cermin mata dengan telekung adalah mereka yang pernah belajar menjahit telekung samada dalam kelas atau melalui buku.

Idea telekung cermin mata membuat mereka teruja untuk mencuba jahit. 

Gambar gambar yang digabung pada kedudukan terakhir ialah Puan Rosmah yang baru mengerjakan Umrah. 

Telekung cermin mata dijahit sendiri 2 hari sebelum ke Tanah Haram.

Apa nak dinamakan telekung ini ya?

TELEKUNG CERMIN MATA agak panjang.

TELEKUNG MINTA ok tak? gabungan MIN dan TA.

Berminat nak tempah?
.
Hubungi 0123569717
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...