TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label TELEKUNG WAKAF. Show all posts
Showing posts with label TELEKUNG WAKAF. Show all posts

Tuesday, February 16, 2021

TELEKUNG WAKAF UNTUK ASNAF RAMADHAN 1442

Sudah siap dijahit kain batik padanan telekung wakaf.

20 helai.

Ini hanya sebahagian, jahit apa yang sempat dahulu.

Telekung akan dijahit kemudian.

Tuesday, February 9, 2021

TELEKUNG WAKAF UNTUK ASNAF RAMADHAN 1442

September 2020

Anak lelaki no2 ikut satu group dalam satu trip amal ke Melaka. Mereka agih bantuan kepada asnaf.

Kakzai pun selit beberapa pasang telekung.

Gambar ini mengingatkan kepada Tok yang bela kakzai. Setiap Rejab akan jahit telekung baru.

Telekung dulu2 simple je. Yang penting suci bersih menutup aurat.

Hari ni 27 JamadilAkhir, Tak lama lagi nak masuk bulan Rejab kemudian Syaaban kemudian Ramadhan.

Jom sumbang seikhlasnya untuk projek telekung wakaf Ramadhan 1442.

Kami jahit dan agih. Agihan terbesar melalui NGO DANA KITA. Sebab apa ngo ini? Sebab kakzai ikut perkembangan dan aktiviti mereka di fb jugak pengasasnya Cikgu Fadli Salleh. 
Lokasi pun dekat untuk penghantaran..Batu Caves..Gombak.

Sumbangan di bulan Januari sebanyak 40 pasang telekung berjaya diserahkan.
Terima kasih kepada mereka yang hantar telekung siap dijahit juga menyumbang Ringgit.

Untuk kali ini, sasaran penyerahan ialah akhir Syaaban supaya penerima dapat pakai telekung baru di bulan Ramadhan.

Sedekah yang disembunyikan adalah baik.
Sedekah yang dihebahkan pun baik.
Yang penting niat di hati.
Segalanya kerana ALLAH TAALA.

Sekecil atau sebesar sumbangan, yang menilai ialah Allah jua.

Hubungi www.wasap.my/60123569717/telekungwakaf

Friday, November 3, 2017








Seorang hamba Allah sedekahkan beberapa meter kain putih bersulam. Minta dijahitkan telekung kemudian disedekahkan.

Mencari calon yang layak menerima sebolehnya eloklah seseorang yang akan menggunakan telekung tersebut dengan ikhlas. 

Doa dan doa dan Allah tunjuk dengan cepat.

Wanita dalam gambar ialah seorang guru Al Quran, mengajar di rumah, baru habis eddah selepas kematian suami.

Beliau terima pemberian dengan besar hati.

Semoga Allah beri ganjaran kepada pewakaf dan makbulkan doa dan niat beliau.

Aamiin...

NOTA;

Telekung di dalam gambar ialah bersaiz mini, sesuai untuk dipakai menghadiri kelas mengaji.  Sesuai juga dipakai mengerjakan Umrah dan Haji.

Wednesday, April 5, 2017

TELEKUNG WAKAF AL KHAIRIYAH










TELEKUNG WAKAF

TELEKUNG AL KHAIRIYAH

MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK

Pengurusan Masjid Al Khairiyah Sri Gombak telah memulakan satu projek telekung wakaf jahitan asnaf yang dikendalikan HELWA masjid.

Sebuah bilik khas telah diubahsuai menjadikan bilik jahitan juga bilik kegiatan muslimat Masjid. Bilik dinamakan MUSLIMAT CENTRE atau MC.

Terdapat 2 mesin jahit industri yang telah diwakafkan seorang hamba Allah yang kematian isteri. Isteri beliau seorang tukang jahit yang memliki sebuah bengkel jahitan. Semua mesin jahit disedekahkan dan diwakafkan. Semoga ada pahala yang mengalir kepada arwah.

Buat masa sekarang seorang ibu dengan 2 orang anak sedang dilatih menjahit telekung. Ibu ini ditinggal suami tanpa berita. Anak pertama berumur 13 tahun dan mengidap autism. Sedikit agresif menurut ibunya. Anak ini masih dalam kelas permulihan di sekolah rendah.  Anak kedua berumur 3 tahun sering mengikut ibunya ke Masjid untuk kelas jahitan telekung.  Ibu ini hanya dapat berada di MC sehingga tengahari. Perlu pulang ke rumah bila anak sulong tamat waktu sekolah. 

Walaupun beliau tidak pernah menjahit, beliau ada minat dan kesungguhan. Jahitannya kemas dan diharapkan beliau dapat cepat mahir menjahit telekung dan menjana pendapatan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...