TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label cara jahit telekung cotton. Show all posts
Showing posts with label cara jahit telekung cotton. Show all posts

Monday, September 5, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 4/9/16

















Kelas 4/9/16 sepatutnya disertai 2 orang tetapi seorang demam jadi tinggal seorang.

Maz dari Selayang, sudah lama tidak menjahit. Menjahit telekung dengan berhati hati dan akhirnya siap juga.

Semoga dapat menjahit untuk diri sendiri dan anak anak.

Thursday, August 25, 2016




Menjahit di tepi tingkap. Ada cahaya. Ada pemandangan. Ada mesin lama yang pasti berjasa. Bergantungan pelapik dahi siap dijahit tali.
Ini gambar ruang menjahit salah seorang PJJ (pelajar jarak jauh) telekung nun di utara. Gambar disiarkan dengan izin kakak beliau yang juga seorang tukang jahit hebat tapi lain bidang.
Puan A beli nota jahit telekung beberapa tahun lepas. Pada permulaan rajin bertanya kemudian hilang tanpa berita.
Kemudian sesekali muncul penuh berisi.
Diam diam ubi...
Alhamdulillah dah tak menang tangan menerima tempahan.
Sebelum mengerjakan Haji tahun sebelum ini, beliau berhubung untuk maklumkan berita gembira. Ingat juga kepada cikgu.
Semoga terus berjaya.
Begitu juga semua anak murid jarak jauh atau jarak dekat dan pernah bertemu, kalian sentiasa dalam doaku

Monday, August 22, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 21/8/16











 Mazlina dari Bukit Permata..kejiranan saja ni :)


 Yan dari Sri gombak...lagi dekat dengan Masjid.


 Aida dari Manjung..jauh tu.










Kelas Ahad 21/8/16.

Peserta kali ini...

Kebetulan, bila ditanya orang mana? Wah..semua orang utara. Aida, Maz asal Perak. Yan asal Penang. Cikgunya..Lahir Kelantan, besar di Kedah.
Jadi kami semua cakap loghat utaralah :)

Gambar diambil menggunakan kamera hp dan kamera NX1000 jadi kualiti berbeza beza.

Alhamdulillah kelas berjalan lancar walaupun habis sedikit lewat.  Yang penting semua bahagian penting siap.


Thursday, August 18, 2016






ILMU SEPANJANG HAYAT

ILMU UNTUK BERIBADAT

ILMU YANG BERKAT


Sila hubungi melalui whatsapp 0123569717 jika minat membeli.

Tuesday, August 16, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 14/8/16















 Puan Azrina dari Ukay Perdana





 Puan Hasnah dari Taman Melati dan Puan Hasimah dari Sri Gombak


 Testing fitting..


 Cantik dan kemas hasil jahitan.






Hasilnya....



Sudah dua kali kelas diadakan dalam Pusat Aktiviti Muslimat atau PAM Masjid al Khairiyah Sri Gombak. 

Muat untuk 3 orang peserta jika lebih kena pindah ke bilik yang lama.

Peserta kali ini datang dari kejiranan. Alhamdulillah semua dapat jahit dengan baik.

Selamat maju jaya dalam dunia jahitan telekung.



ILMU SEPANJANG HAYAT

ILMU UNTUK BERIBADAT

ILMU YANG BERKAT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...