TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label kain telekung. Show all posts
Showing posts with label kain telekung. Show all posts

Wednesday, September 14, 2016

CARA JAHIT GETAH DAN TALI KE PINGGANG









Ketika mengajar jahit telekung di Siem Reap, Kemboja pada bulan Ogos yang lalu, seorang peserta menunjukkan cara alternatif cucuk getah ke pinggang kain telekung.

Sungguh mudah dengan hanya menggunakan straw minuman.  Jahit hujung tali ke hujung straw secara bertindih. Jahit beberapa kali supaya tak mudah tanggal.

Masukkan straw ke lorong getah.  Tolak straw hingga keluar dari lorong.  Susun kedudukan getah kemudian jahit tindih.

Monday, February 22, 2016

KAIN TELEKUNG HAWWA FIRDAUS





Kain telekung Hawwa Firdaus. 
Jahitan lain dari yang lain.
Separuh getah untuk keanjalan.
Separuh tali untuk menyesuaikan saiz pinggang.
Cukup luas.
Cukup labuh.
Kami tak jimat kain.
Paling penting aurat kaki terjaga.


Harga sehelai kain RM25.

Sesuai diwakafkan ke surau atau masjid. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...