TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label kit jahit stoking. Show all posts
Showing posts with label kit jahit stoking. Show all posts

Tuesday, June 18, 2019

STOKING








TEMPAHAN STOKING

Lama tak jahit stoking sebenarnya. Penghujung Ramadan dapat tempahan dari sebuah surau untuk 50 pasang stoking.  Stoking akan dihadiahkan kepada jemaah yang akan hadir ke majlis khatam Al Quran di bulan Syawal.

Anak anak gunting dan jahit hampir kesemua 50 pasang.

Ada beberapa pasang kena 'reject' atas beberapa faktor..jadi gunalah sendiri.

Pakailah stoking untuk menutup aurat sebab kaki itu aurat juga.


Nak belajar jahit stoking?  Sila ke Youtube Channel Zaira Zai

Saturday, October 27, 2018

KIT JAHIT STOKING








KIT JAHIT STOKING


Kit mengandungi 4 keping pola yang sudah keras dilaminate.

Tidak mudah koyak atau patah.

Tidak mudah hilang. Simpan dalam satu fail atau sampul.

Mudah diletakkan di atas kain yang hendak digunting.

Kit juga mengandungi kain yang cukup untuk dijadikan sepasang stoking dan sepasang sarung lengan.

Bagaimana menjahit sarung lengan?  Guna pola D.

Nah...anda akan dapat satu set teman kembara solat. 

Sepasang stoking bersih dan sarung lengan untuk menutup aurat ketika solat di perjalanan.

Kenapa perlu sarung lengan?  Andaikata kita boleh solat menggunakan pakaian dan tudung yang kita pakai tetapi lengan baju tidak cukup panjang menutup pergelangan tangan, masa inilah kita pakai sarung lengan.

Jika anda ada mesin jahit, bolehlah jahit sendiri... jimat belanja.

Jika pakai sendiri boleh saja guna mesin jahit lurus biasa tetapi yang paling sesuai ialah mesin jahit tepi biasa.

Dapatkan KIT JAHIT STOKING dengan harga hanya RM30 termasuk kos pos (Semenanjung) tambah RM5 untuk Sabah dan Sarawak.

Hubungi/whatsapp 0123569717

www.wasap.my/0123569717/kitstoking








Wednesday, July 18, 2018

KIT JAHIT STOKING








Ini set pola stoking yang sudah siap laminate.
Kak zai guna set ini bila gunting kain.

Bagusnya bila kita laminate ialah set pola akan lebih tahan lama.
Tak mudah patah kecuali dengan sengaja.
Tak koyak tentunya.
Tak hilang jika disimpan dengan sempurna.

Ilmu jahit stoking ini sudah lama Kak zai kongsi dalam blog, dalam page kemudian dalam youtube Zaira Zai.

Ramai yang bertanya nak beli pola tapi Kak zai tak jual dah sebab ukuran semua ada dalam youtube.

Baru ni terfikir nak jual semula set pola stoking siap laminate bersama kain yang sesuai. Kita panggil KIT JAHIT STOKING.

Seronok tau jahit stoking sendiri.
Kena cara boleh buat bisnes stoking.

Anda berminat?
Jika berminat contact Kak zai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...