TELEKUNG UNTUK PUTERI

Tuesday, January 18, 2011

JOM MENJAHIT


Tidak dapat disangkal betapa jimatnya jika pandai menjahit sendiri pakaian. Bermula dari tudung

di kepala, baju di badan dan setokin di kaki....ya! kak zai dah boleh jahit sendiri setokin dari perca

kain lycra :)

Bagi mereka yang ada minat menjahit, dari 'O knowledge' pun boleh jadi 'expert'.

Minat memang amat penting kalau nak buat sesuatu, kita tak rasa terbeban atau tertekan

walaupun menjahit sampai tengah malam.

Kak zai jahit baju kurung yang pertama ketika umur 36 tahun..dah lama tu :) Sejak tu tak

pernah upah dah.

Belajar jahit tudung dengan zila kasim akhir tahun 2008...ramai2 berkumpul kat Bangi dari pagi

sampai petang nak dapatkan ilmu.....berbaloi....dan terima kasih zila kerana sudi berkongsi.

Dapat setokin yang unik ketika ke Sarawak...tertarik dengan setokin yang dipakai Pn Rosmawati

ada kain polos ada kain corak. Hari nak balik dapat sepasang untuk dijadikan contoh...terima

kasih Rosmah. Kain perca yang berbeg2 tu nanti ada gunanya.


Tunggu posting seterusnya......kak zai bagi tip untuk menjahit tudung.

Wednesday, January 5, 2011

KELAS JAHIT TUDUNG


Tahun baru Hijrah dan tahun baru Masihi dah bermula. Belek2 rekod kelas jahitan tudung rupanya kak zai dah ajar 127 orang dalam tahun 2009 dan yang sikit mengejutkan mengikut redod dalam tahun 2010, 127 orang jugak..hmmm kebetulan pulak :)

Mudah2an semua murid kak zai dah pandai jahit dan ada yang dah buat bisnes sendiri secara suka2 dan sepenuh masa...bagus2..cikgu pun tak mula buat pengeluaran secara serius lagi :)

Bagi yang belajar untuk jahit tudung sendiri dan keluarga mesti dah puashati dapat jimat belanja.
Tambahan lagi yang ada ramai anak perempuan..jimat sangat.
Kadang2 kak zai dapat text dan panggilan dari ex student..seronoknya dari belajar untuk diri sendiri dah dapat tempahan dari kawan2 dan ahli keluarga.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA !

Monday, December 20, 2010

KIT TUDUNG DAN HADIAH NOTA

Assalamualaikum

Mulai hari ini 20 Disember 2010 hingga 31 Disember 2010, bagi setiap pembelian:

KIT PERMULAAN JAHIT TUDUNG
ALA ARIANI ATAU SCALLOP

akan dihadiahkan:

NOTA CARA JAHIT SARUNG BAKUL SAMPAH


jika membeli kedua2 kit di atas akan dihadiahkan:

NOTA CARA JAHIT SARUNG BAKUL SAMPAH
DAN
NOTA CARA JAHIT SARUNG MESIN BASUH

Hubungi kak zai 0194370438
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...