TELEKUNG UNTUK PUTERI

Thursday, October 9, 2014

JOM JAHIT STOKING























Kaki perempuan Muslim ialah sebahagian daripada aurat yang perlu dijaga dari pandangan ajnabi.

Memakai stoking ialah satu cara menutup aurat.  Ramai yang masih kurang peka tentang hukum ini.

Jika anda ada kemahiran menjahit dan memiliki mesin jahit tepi, menjahit sepasang stoking tidak akan mengambil masa yang lama.

Dari menggunting kain hingga selesai mencantum bahagian akhir mengambil masa tidak sampai 20 minit.

Kain yang diperlukan pun tidak banyak. Guna saja kain perca lebihan tudung atau jubah. Yang penting kain tersebut mesti jenis yang anjal.

Stoking ini amat selesa dipakai dan banyak kegunaannya. Sentiasa simpan dalam beg tangan sepasang stoking bersih.  Bila singgah di surau atau masjid kemungkinan kainnya pendek dan jika kita pakai stoking aurat kaki lebih terjaga ketika sujud.

Stoking juga elok dipakai di dalam rumah untuk menjaga tapak kaki dari menjadi kasar.

Ketika berpantang, ibu ibu muda sangat disarankan memakai stoking supaya angin tidak masuk ke dalam badan.

Waktu malam, sapu minyak zaitun ke tapak kaki dan lain lain bahagian kemudian pakai stoking. Amalkan ini tak kira berapa usia anda.

Jadi, jahitlah stoking sendiri untuk memenuhi pelbagai keperluan.  Stoking yang dijual di pasaran memang murah tetapi sepasang yang dijahit sendiri tidak akan sama dengan yang dibeli.

Kain perca yang anjal tidak terbuang lagi.

Jahitlah mengikut kretiviti. Campur dan adun pelbagai warna dan corak. Pasti stoking anda lain dari yang lain.

Ebook dijual pada harga RM15. Pola/template kena print sendiri saiz A4.

Berminat nak beli nota dan pola stoking? sila hubungi 0123569717 atau email zairafim@yahoo.com

17 comments:

  1. menarik! boleh design ikut corak kesukaan juga ye....
    saya nak share tutorial zaira dalam blog saya bole?

    ReplyDelete
  2. perca lycra byk dibuang je.menarik ni.zaira,akak nk beli nota,camne caranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila hubungi kak zai 012356717. tq

      Delete
  3. Alhamdulillah.. terima kasih atas tutorial ni.. jimat lg satu pkra.. baju+pad+stokin .. alhamdulillah banyak jimat.. terima kasih kak zaira.. semoga Allah memberi rahmat dan kemudahan bg akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..ameen untuk doa tu. jika perlu nota dan pola sila hubungi kak zai.

      Delete
  4. Assalamualaikum sis saya berminat nak beli pola stokin ni cam mana ye
    boleh washupp saya 017 7357413 bagi akain no...

    ReplyDelete
  5. Salam sis.. sy berminat..boleh wassap saya..0162222123

    ReplyDelete
  6. Kak Zai, nanti wassup yus yer.. berminat la.. : 012 202 8114

    ReplyDelete
  7. No kak zai tu tak cukup 1 nombor rasanya..plzz wassap saya ...nak beli pola la..0199068815

    ReplyDelete
  8. Sya pun berminat utk beli pola watsapp sya 0127598463

    ReplyDelete
  9. sy berminat la nak beli pola bleh whatapp sy 0105234320 (fila)

    ReplyDelete
  10. Sy berminat nak beli pola stokin. Tlg whatsapp sy shamiah 0132828922. Tq

    ReplyDelete
  11. Salam puan .ada jual x stokin ni? Sy berminat nak beli dgn harga borong .whatsapp saya 0147963240

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...