Showing posts with label jahitan stoking ringkas dan mudah. Show all posts
Showing posts with label jahitan stoking ringkas dan mudah. Show all posts
Sunday, December 7, 2014
JOM JAHIT STOKING
Alhamdulillah, Dua hasil kerjatangan mendapat tempat dalam Majalah Dara.com keluaran Disember 2014.
Kain perca dimanfaatkan menjadi stoking dan juga penanda buku.
Stoking jahitan dari perca menjadi viral seketika bila mula mula diperkenalkan cara menjahitnya.
Ramai yang telah membeli nota dan pola. Dari menjahit untuk diri sendiri ada yang menjadikan jahitan stoking sebagai perniagaan kecil kecilan.
Permintaan jahitan pukal pun ada dari peniaga peniaga. Jika ada rezeki penjahit dan peniaga akan diperkenalkan.
Wednesday, December 3, 2014
JOM JAHIT STOKING
Mudahnya jahit stoking sendiri. Boleh ubah saiz boleh ubah ketinggiannya. Pilih jenis kain yang agak tebal yang pasti mesti anjal.
Thursday, November 27, 2014
JOM JAHIT STOKING
Bicara gambar pertama.
Aurat yang wajib ditutup tapi ramai mungkin tidak tahu. Jom tutup aurat dengan sempurna.
Bicara gambar kedua.
Ada kain yang anjal, ada mesin jahit, ada nota dan pola stoking dah jadi benda.
OK..bicara pendek je :)
Saturday, October 25, 2014
Thursday, October 9, 2014
JOM JAHIT STOKING
Kaki perempuan Muslim ialah sebahagian daripada aurat yang perlu dijaga dari pandangan ajnabi.
Memakai stoking ialah satu cara menutup aurat. Ramai yang masih kurang peka tentang hukum ini.
Jika anda ada kemahiran menjahit dan memiliki mesin jahit tepi, menjahit sepasang stoking tidak akan mengambil masa yang lama.
Dari menggunting kain hingga selesai mencantum bahagian akhir mengambil masa tidak sampai 20 minit.
Kain yang diperlukan pun tidak banyak. Guna saja kain perca lebihan tudung atau jubah. Yang penting kain tersebut mesti jenis yang anjal.
Stoking ini amat selesa dipakai dan banyak kegunaannya. Sentiasa simpan dalam beg tangan sepasang stoking bersih. Bila singgah di surau atau masjid kemungkinan kainnya pendek dan jika kita pakai stoking aurat kaki lebih terjaga ketika sujud.
Stoking juga elok dipakai di dalam rumah untuk menjaga tapak kaki dari menjadi kasar.
Ketika berpantang, ibu ibu muda sangat disarankan memakai stoking supaya angin tidak masuk ke dalam badan.
Waktu malam, sapu minyak zaitun ke tapak kaki dan lain lain bahagian kemudian pakai stoking. Amalkan ini tak kira berapa usia anda.
Jadi, jahitlah stoking sendiri untuk memenuhi pelbagai keperluan. Stoking yang dijual di pasaran memang murah tetapi sepasang yang dijahit sendiri tidak akan sama dengan yang dibeli.
Kain perca yang anjal tidak terbuang lagi.
Jahitlah mengikut kretiviti. Campur dan adun pelbagai warna dan corak. Pasti stoking anda lain dari yang lain.
Ebook dijual pada harga RM15. Pola/template kena print sendiri saiz A4.
Berminat nak beli nota dan pola stoking? sila hubungi 0123569717 atau email zairafim@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)