Showing posts with label ALAF21. Show all posts
Showing posts with label ALAF21. Show all posts
Sunday, June 4, 2017
BERNAMA RADIO..SIDANG REDAKSI
Permulaan bulan Jun 2017.
1 Jun diemput ke segmen Sidang Redaksi, Bernama Radio pada pukul 12 tengah hari, hari Khamis.
Pihak Alaf21, Karya Bestari telah mengatur satu sesi sembang mengenai buku OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG.
Alhamdulillah berjalan lancar. Pengalaman ditemubual di Selangor FM membantu. Kali ini lebih lama dari pukul 12.10 hingga 12.50 lebihkurang. DJ bertugas ialah Natasha dan Hezry.
Monday, March 6, 2017
KARNIVAL KARANGKRAF 4 MAC 2017
Karnival Karangkraf vs Sifubad
3 - 5 Mac 2017
Hadir sebagai penulis buku Mudahnya Jahit Telekung pada 4 Mac 2017, Sabtu.
Pengunjung ramai jugak. Cuaca agak mendung dan hujan sekejap.
Friday, February 3, 2017
DI KONTI SELANGORFM
1 Februari 2017
Cuti Hari Wilayah.
Orang Selangor ke Angkasapuri. Sunyi gak sebab ramai cuti.
Tersesat ke pejabat Selangorfm di bangunan hujung. Rupanya konti di bangunan Wisma Radio. OK..sekarang dah tahu.
Tunggu wakil Alaf21..Eppy yang ditemani Fifah.
Siaran live bersama DJ Faiz di konti Selangorfm dijadualkan pada pukul 3.10 ptg.
Masuk ke ruang yang penuh deretan bilik konti. Semua berkunci untuk privasi dan keselamatan.
Masuk konti bertanda Selangorfm sebelum pukul 3. Sedikit briefing. DJ Faiz tanya jika ada permintaan lagu, lagu apapun boleh. Yang terlintas di kepala ialah lagu Madah Berhelah oleh Ziana Zain dan Permaidani oleh Aris Ariwatan. Ok lah lagu lagu lama tapi evergreen.
Konti sejuk..di luar cuaca mendung. Kata DJ Faiz, kalau hujan lagi sejuk. Wah...takda shawl, takda baju sejuk, tapi tak lama sangat bolehlah bertahan.
DJ Faiz bagi cue sikit apa yang akan ditanya. Pukul 3.10 tepat sesi 'on the air' bermula.
Pengenalan diri. Cerita pasal buku. Break untuk siar lagu. Sambung. Break untuk sesi tanya pemanggil. Hadiah buku Oh Mudahnya Jahit Telekung. Sambung sesi sembang. Break untuk lagu kedua. Sesi tanya pemanggil. Sambung sembang. Berakhir sebelum 3.45 ptg.
Alhamdulillah...tak ada gugup untuk bercakap. DJ Faiz yang murah senyuman membuat suasana ceria.
Satu pengalaman.
Dari Mata Tinta berjalan lancar.
PHOTO SHOOT DAN INTERVIEW DI ALAF21, KARANGKRAF
27 Januari 2017.
Beberapa hari sebelum dapat panggilan dari pihak Alaf21 supaya hadir untuk sesi photo shoot dan interview di Karangkraf, Shah Alam.
Setiap buku yang diterbitkan Alaf21 akan diberi slot di akbar Sinar untuk tujuan promosi.
Katanya wawancara ini akan disiarkan mungkin bulan Mac 2017 sebab mereka sudah ada susunan atikel untuk terbitan hari tertentu.
Pengalaman baru diwawancara. Hanya perlu cerita tentang buku Oh Mudahnya Jahit Telekung. Sembang santai dengan wartawan (lupa nama).
Lepas sesi wawancara, sesi bergambar pulak. Rasa macam model la pulak. Model matang umur 60an :) Pengalaman jugak posing depan kamera jurugambar profesional.
Sesi video. Ini susah sikit. Walaupun dah tahu apa nak cakap, asyik tersasul juga. Video untuk durasi 1 min saja. Pandailah orang Alaf21 edit :)
Sunday, December 25, 2016
OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG
BUKU RM25 (TIDAK TERMASUK KOS POS)
KIT RM100 TERMASUK KOS POS
WHATSAPP 0123569717 ATAU 0105445115 UNTUK KETERANGAN LANJUT.
Thursday, December 15, 2016
OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG
Harga buku RM25 tidak termasuk pos.
Pemberian percuma pola bahagian bahagian tertentu telekung juga pola jahit stoking.
Mulai 1 Januari 2017, sedikit bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan pola2 tersebut.
Juga dijual Kit Jahit Telekung dengan harga RM100 termasuk pos.
Thursday, December 8, 2016
BUKU OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG
OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG
Sudah ada di pasaran.
Harga RM25 tidak termasuk pos.
Beli di Karangkraf Mall dan dapatkan diskaun 15%.
Beli dari penulis dapat harga RM25 tidak termasuk pos dan tiada diskaun.
TETAPI...
Anda akan dapat percuma pola bahagian bahagian telekung juga percuma pola jahit stoking.
..HANYA DARI PENULIS..
(tawaran pola pola percuma untuk belian sehingga hujung bulan Disember 2016, selepas itu sedikit bayaran akan dikenakan)
KIT JAHIT TELEKUNG
Harga RM100 termasuk pos.
Lengkap semua bahan untuk menjahit sepasang telekung.
Whatsapp 0123569717 jika berminat.
Subscribe to:
Posts (Atom)