TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label BUKU JAHIT TELEKUNG. Show all posts
Showing posts with label BUKU JAHIT TELEKUNG. Show all posts

Saturday, September 22, 2018

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 16/9/18

















Terlambat update blog untuk kelas 16/9/18 bersama Puan Norlia dari Bandar Baru Bangi dan Puan Saabihah dari Taman Bolton, Batu Caves.

Seperti biasa kelas bermula pukul 9 pagi sehingga siap.  Norlia siapkan dulu diikuti Saabihah.

Bila belajar sesuatu yang baru dalam bidang jahitan, tetas menetas memang tak dapat dielakkan.

Setiap kesilapan di dalam kelas adalah umpama pelajaran. Tetas dan jahit semula.

Yang penting bagi seorang penyampai ilmu ialah kefahaman. Pelajar atau peserta kelas dapat faham sesuatu teknik dan dapat jahit bila bersendirian.

Semoga Norlia dapat menjahit telekung wakaf selepas ini dan Saabihah dapat jahit untuk diri sendiri dan keluarga.

Sunday, June 4, 2017

BERNAMA RADIO..SIDANG REDAKSI










Permulaan bulan Jun 2017.

1 Jun diemput ke segmen Sidang Redaksi, Bernama Radio pada pukul 12 tengah hari, hari Khamis.

Pihak Alaf21, Karya Bestari telah mengatur satu sesi sembang mengenai buku OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG.

Alhamdulillah berjalan lancar. Pengalaman ditemubual di Selangor FM membantu. Kali ini lebih lama dari pukul 12.10 hingga 12.50 lebihkurang. DJ bertugas ialah Natasha dan Hezry.


Wednesday, January 11, 2017

KIT JAHIT TELEKUNG


Jom jahit telekung...

Teringin nak jahit sendiri telekung untuk keluarga? Untuk diri sendiri, anak anak perempuan, mak kita, mak mertua, untuk dihadiahkan, untuk wakaf?

Panjang senarainya. Besar pahalanya. Manakan tidak, setiap kali ada yang memakai telekung yang kita jahit, akan ada pahala yang tertulis untuk kita. 

Tetapi kita tak punya masa untuk belajar dalam kelas.  Mungkin disebabkan sibuk, anak kecil tak boleh ditinggalkan, kelas jauh dan pelbagai alasan lagi.

Belajarlah dengan Kit Jahit Telekung ini. 

Lengkap semua bahan untuk belajar jahit sepasang telekung. Tidak perlu keluar rumah untuk membeli kain, renda, getah, semua disediakan.

Buku OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG dan pola pola yang disertakan akan membantu langkah langkah menjahit dari awal hingga akhir.

Jom jahit telekung sendiri.



Sunday, December 25, 2016

OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG








BUKU RM25 (TIDAK TERMASUK KOS POS)

KIT RM100 TERMASUK KOS POS

WHATSAPP 0123569717 ATAU 0105445115 UNTUK KETERANGAN LANJUT.

Friday, December 23, 2016

OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG - BUKU, POLA DAN KIT JAHIT TELEKUNG







OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG  HARGA RM25

POSLAJU SEMENANJUNG RM7

POSLAJU SABAH SARAWAK RM10

Buku mengandungi langkah langkah  mengambil ukuran dan cara menjahit telekung dewasa dan kanak kanak.
Percuma pola pola bahagian telekung juga pola pola stoking sehingga 31 Disember 2016.
Mulai  Januari 2017 sedikit bayaran akan dikenakan untuk pola pola.



KIT JAHIT TELEKUNG

RM100 TERMASUK POS.

Kit mengandungi semua bahagian telekung yang siap digunting untuk sepasang telekung.
Juga diberikan getah dan renda.
Memudahkan, terima kit dan mula menjahit.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...