Orang Kemboja makan rebus rebus bukan tumis tumis berminyak macam menu kita. Mungkin sebab itu saiz badan mereka masih slim tak berlemak. Kulit muka juga nampak bersih, cantik.
Menu mereka tak jauh beza dari menu Siam tapi rasa ada kelainan.
Menarik, mereka suka jamu masakan daging yang diberi nama LEMBU NAIK BUKIT!.
Fikir fikir kenapa diberi nama begitu..ok..penggunaan dapur khas seperti dapur orang Korea. Bentuk dapur seperti dalam gambar, tinggi di tengah se[erti bukit. Masakan ini dimasak dihadapan tetamu.
Kami saksikan cara masak di SIEM REAP BACKPACKER HALAL RESTAURANT dan sekali lagi di Kampung Mongkul Borey.
Gambar bawah sekali ialah talam talam berisi pelbagai serangga yang digoreng. gambar diambil dari dalam van jadi tak pasti jenis jenis serangga.
Berani cuba?
Hari kedua selepas melawat Kampung Mongkul Borey, kami melawat tempat buat sutera.
Pengalaman menarik melihat ulat ulat sutera, daun mulbery, cara proses dari air liur ulat yag sudah menjadi benang dan kepompong. Bagaimana kepompong direbus, benang ditarik, dipintal dan dicelup warna.
Seterusnya proses menjadikan kain sutera.
Bahagian produk siap dilarang ambil gambar. Dari sekecil beg hingga beg tote yang besar, cantik cantik belaka dan harga semua dalam USD.
Pakaian wanita dari sutera pun banyak bergantungan.
Hari kelima.
Seawal 4.40 pagi kami keluar dari apartment menuju ke Angkor Wat. Di sini waktu Subuh ialah 4.30 pagi.
Apa ada di Angkor Wat..?
Kuil kuil lama berusia ribuan tahun katanya menjadi daya tarikan pelancong asing.
Bagi kami, tujuan utama ialah melihat matahari terbit pada pukul 6 pagi.
Sampai di bangunan yang menjual tiket dan hari masih gelap. Ruang parking penuh dengan van dan tuk tuk. Pengunjung perlu membeli tiket dahulu kemudian akan dibawa ke kawasan berhampiran Angkor Wat.
Harga tiket ialah USD20 untuk lawatan sehari dan USD 40 untuk 3 hari. Ambil gambar dan kita diberi tiket masuk dengan gambar kita di tiket tersebut. Tiket masih dalam simpanan untuk kenangan, lupa nak ambik gambar.
Ketika kami sampai di perkarangan Angkor Wat sudah beratus pelancong menunggu di tepi tasik yang banyak pokok teratai. Cuaca agak mendung dah harapan untuk melihat matahari terbit agak tipis.
Pukul 6 pagi, awan mendung.
Kami buat keputusan untuk masuk ke dalam. Gelap pada beberapa lorong. Jalan kena hati hati. Banyak tangga kayu. Dinding yang dipenuhi ukiran patung patung. Nasihat sahabat seorang ustaz, banyak baca ayat Kursi dan 3 Qul. Ya Ustaz. Pendinding bagi kita orang Islam.
Kami tak dapat pergi jauh sebab hujan rintik mula turun.
Encik Nasir ajak kami ke kuil di mana pengambaran filem Tomb Rider dibuat. Sampai di hadapan tempat tersebut, hujan turun dengan lebat.