TELEKUNG UNTUK PUTERI

Friday, August 5, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG BERSAMA TELEKUNG PROJECT DI SIEM REAP KEMBOJA..MENU DAN MAKANAN




















Orang Kemboja makan rebus rebus bukan tumis tumis berminyak macam menu kita. Mungkin sebab itu saiz badan mereka masih slim tak berlemak. Kulit muka juga nampak bersih, cantik.

Menu mereka tak jauh beza dari menu Siam tapi rasa ada kelainan.

Menarik, mereka suka jamu masakan daging yang diberi nama LEMBU NAIK BUKIT!.

Fikir fikir kenapa diberi nama begitu..ok..penggunaan dapur khas seperti dapur orang Korea.  Bentuk dapur seperti dalam gambar, tinggi di tengah se[erti bukit.  Masakan ini dimasak dihadapan tetamu. 

Kami saksikan cara masak di SIEM REAP BACKPACKER HALAL RESTAURANT dan sekali lagi di Kampung Mongkul Borey. 



Gambar bawah sekali ialah talam talam berisi pelbagai serangga yang digoreng.  gambar diambil dari dalam van jadi tak pasti jenis jenis serangga.

Berani cuba?  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...