TELEKUNG UNTUK PUTERI

Thursday, August 4, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG BERSAMA TELEKUNG PROJECT DI SIEM REAP KEMBOJA..HARI KEDUA 23/7/16


























Hari kedua di Siem Reap, tiada kelas jahit telekung sebab kami ke sebuah kampung bernama Mongkul Borey. Jauh perjalanan 2 jam lebih.

Kampung ini menjadi kampung angkat Telekung Project.

6 buah perigi atau lubang air dikorek.  Harap sudah siap ketika ini.

Madrasah yang uzur, sangat uzur akan dibaikpulih untuk keselesaan anak anak di kampung tersebut.

Mereka semua ada pertalian keluarga tanpa sumber pendapatan tetap. Yang muda akan ke bandar Siem Reap untuk bekerja dan berniaga. Perempuan muda akan keluar bekerja di kilang kilang.

Pemandu pelancong kami berasal dari kampung ini.

Ada sebuah masjid warna biru, sederhana besar untuk keperluan solat berjemaah penduduk kampung.

Aktiviti wanita yang tidak keluar bekerja di luar ialah mengait jala dengan upah RM5, dan jalanya besar.

Kami dihidang dengan jamuan nasi dan hidangan yang dipanggil Lembu Naik Bukit. Perhatikan bentuk dapur.  Ini dapur Korea.  Pengaruh Korea yang terdapat merata rata di Siem Reap. Katanya pelaburan Korea banyak di sini.

Kami makan di atas pangkin di bawah rumah. Sesuatu yang sudah berpuluh tahun tak dibuat.  Ya terkenang rumah pusaka di tahun 60an.

Semua rumah di kampung ini bertiang. Setiap rumah juga di bawahnya diikat buai kain atau hammock.  Cuaca panas mungkin menyebabkan mereka suka bersantai di bawah rumah.

Siem Reap mempunyai 3 musim.  Panas terik di awal tahun, musim hujan, kami pergi pada permulaan musim hujan diikuti musim sejuk di akhir tahun.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...