TELEKUNG UNTUK PUTERI

Thursday, January 20, 2011

TIP JAHIT TUDUNG


Saperti yang dijanji, kak zai bagi tip cara menjahit tudung bermula dari menggunting kain.

Ok...kain yang kita pilih untuk buat tudung ni polos atau bercorak?

Jika bercorak, dan coraknya mengikut susunan tertentu JANGAN lipat menyerong atau lipat segi tiga. Lipat ikut panjang kain atau lebar kain. Jika lipat serong, corak di cantuman akan jadi songsang...sebelah menegak dan sebelah lagi melintang.

Jika muka sedikit tembam, letak pola tudung di ira kain yang lebih anjal, selalunya kena lipat kain ikut lebar..tepi bertemu tepi.

Ketika menggunting elakkan menarik dan mengangkat kain..takut lari bentuk tudung nanti.

Begitu juga ketika menjahit...JANGAN tarik kain ya. NO tarik2..bahagian mana pun.

Kain lycra..jersey ni sensitf sikit..kalau silap jahit kita kena tetas, bila tetas ada kemungkinan kain akan berlubang...jadi cuba kaedah tarik benang, macam ni lebih selamat kain tu.

Selamat Menjahit :)

Tuesday, January 18, 2011

JOM MENJAHIT


Tidak dapat disangkal betapa jimatnya jika pandai menjahit sendiri pakaian. Bermula dari tudung

di kepala, baju di badan dan setokin di kaki....ya! kak zai dah boleh jahit sendiri setokin dari perca

kain lycra :)

Bagi mereka yang ada minat menjahit, dari 'O knowledge' pun boleh jadi 'expert'.

Minat memang amat penting kalau nak buat sesuatu, kita tak rasa terbeban atau tertekan

walaupun menjahit sampai tengah malam.

Kak zai jahit baju kurung yang pertama ketika umur 36 tahun..dah lama tu :) Sejak tu tak

pernah upah dah.

Belajar jahit tudung dengan zila kasim akhir tahun 2008...ramai2 berkumpul kat Bangi dari pagi

sampai petang nak dapatkan ilmu.....berbaloi....dan terima kasih zila kerana sudi berkongsi.

Dapat setokin yang unik ketika ke Sarawak...tertarik dengan setokin yang dipakai Pn Rosmawati

ada kain polos ada kain corak. Hari nak balik dapat sepasang untuk dijadikan contoh...terima

kasih Rosmah. Kain perca yang berbeg2 tu nanti ada gunanya.


Tunggu posting seterusnya......kak zai bagi tip untuk menjahit tudung.

Wednesday, January 5, 2011

KELAS JAHIT TUDUNG


Tahun baru Hijrah dan tahun baru Masihi dah bermula. Belek2 rekod kelas jahitan tudung rupanya kak zai dah ajar 127 orang dalam tahun 2009 dan yang sikit mengejutkan mengikut redod dalam tahun 2010, 127 orang jugak..hmmm kebetulan pulak :)

Mudah2an semua murid kak zai dah pandai jahit dan ada yang dah buat bisnes sendiri secara suka2 dan sepenuh masa...bagus2..cikgu pun tak mula buat pengeluaran secara serius lagi :)

Bagi yang belajar untuk jahit tudung sendiri dan keluarga mesti dah puashati dapat jimat belanja.
Tambahan lagi yang ada ramai anak perempuan..jimat sangat.
Kadang2 kak zai dapat text dan panggilan dari ex student..seronoknya dari belajar untuk diri sendiri dah dapat tempahan dari kawan2 dan ahli keluarga.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...