Pada bulan April 2011, kak zai buka akaun facebook yang dinamakan .......
Di situ mereka boleh berbincang, bertanya, berkongsi ilmu, berkongsi pengalaman dan info tentang kain, harga kain, di mana nak beli kain. servis mesin jahit, mesin jahit baru/second dan lain2 lagi.
Kejayaan bekas pelajar yang dah buka kedai maupun yang beroperasi dari rumah memberi semangat kepada yang lain untuk berjaya.
Kalau tidak menjadikan jahitan tudung sebagai satu perniagaan sekurang2nya peserta telah dapat menjahit tudung untuk dipakai sendiri dan keluarga.
Kak zai sangat bersyukur dan gembira dengan sikap tolong menolong dari segi berkongsi maklumat tentang apa saja berkaitan tudung. Secara tak langsung terjalin satu silaturahim yang amat baik dan positif.
Ilmu Yang Bermanafaat Adalah Berkat.