TELEKUNG UNTUK PUTERI

Monday, June 18, 2018

TELEKUNG MIN-TA





 Rosmah ialah antara pelajar kelas jahitan telekung. Sudah lama tak ingat tahun bila. Beliau adalah pelajar pertama menjahit Telekung Min-ta beberapa hari sebelum bertolak ke Mekah/Madinah untuk mengerjakan Umrah.





Daripada satu doa supaya diberi ilham untuk mencipta satu kelainan kepada telekung yang biasa maka Allah ilhamkan Telekung Min-ta.
Khas untuk mereka yang perlu memakai cermin mata ketika solat. Kenapa perlu pakai cermin mata ketika solat? Jangan terkejut jika antara sahabat kita ada yang tidak dapat agak jarak sejadah ketika hendak sujud.
Ramai yang perlu memakai cermin mata untuk membaca Al Quran selepas solat. Salah bacaan sebab huruf jadi samar samar.
InshaAllah, dengan Telekung Min-ta, tidak ada masalah untuk memakai cermin mata pada bila bila masa.
Bingkai cermin mata tidak menyentuh rambut jadi tidak perlu risau akan ada helaian rambut yang terkeluar bila menarik bingkai tersebut.
Muka telekung juga akan sentiasa kemas melekap tanpa ada gelembung sebab bingkai cermin mata dimasukkan ke lubang khas.


Siapa sesuai pakai Telekung Min-ta?
* Sudah tentu mereka yang rabun.
* Mereka yang meningkat usia dan mata mula kabur.
* Juga jemaah Umrah dan Haji yang ingin memakai cermin mata hitam.


Kenapa nama MIN-TA?
Ia gabungan sukukata dari perkataan cerMIN dan maTA.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


TELEKUNG MIN-TA..Ilham dari Allah.


Berminat atau ada pertanyaan boleh terus whatsapp :
www.wasap.my/60123569717

Saturday, June 9, 2018










Bila mak mertua suruh ubahsuai sehelai chador, ( agaknya itulah namanya ) menjadi telekung biasa... Chador ialah pakaian luar yang wanita Iran pakai tu, tapi ada butang di bahagian hadapan.  Sebelum diubahsuai wajib belek dulu cara jahitan dan berapa ukuran.

Kain yang digunakan ialah bidang 60" sepanjang 2 meter. Ada renda di bahagian kepala dan butang dari bawah dagu hingga ke bawah lebihkurang paras bawah lutut.  Ada lubang untuk tangan.

Menarik juga.

Maaf tak sempat ambil gambar telekung yang siap diubahsuai.  Saya guna renda yang dibeli di Bukit Tinggi, Padang.

Wednesday, June 6, 2018

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK












Puan Dasmah dari Seremban dan Cik Farah dari Taman Bolton asal Pahang.

Puan Dasmah dah lama berhajat nak belajar jahit telekung walaupun dan pandai pelbagai ilmu. Sanggup naik komuter dari Seremban ke Batu Caves.  Beliau sampai ke masjid agak lewat disebabkan laluan komuter ada pembaikan dan tiada laluan terus dari KL Sentral ke stesyen Batu Caves.

Cik Farah muda orangnya dan gemar menjahit. Sudah pandai jahit pelbagai fesyen baju.


KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 13/3/18











Kelas bersama peserta muda tapi dah kahwin Puan Syahirah dari Batu Caves dan Puan May dari Taman Ibukota.

Kelas kali ini banyak dugaan disebabkan ada seorang perempuan kurang siuman bersama anak kecil ada di masjid dan terjadi sedikit gangguan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...