TELEKUNG UNTUK PUTERI

Wednesday, March 29, 2017

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 26/3/17














Kelas Ahad 26 Mac 2017.

3 peserta..Sophie, Linn dan Dahlia.

Sophie dan Linn rupanya jiran dekat di Keramat. Dahlia dari Setapak. Peserta dekat dekat.

Saturday, March 18, 2017

JADUAL KELAS JAHIT TELEKUNG



KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK

TARIKH 26 MAC 2017

HARI AHAD

9 PAGI HINGGA SIAP

YURAN RM220 TERMASUK BAHAN BAHAN JUGA BUKU OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG DAN POLA TELEKUNG. PERCUMA POLA JAHIT STOKING.

PESERTA BAWA GUNTING KAIN DAN GUNTING KERTAS.

MESIN PORTABLE JIKA ADA.

HUBUNGI 0123569717

Friday, March 10, 2017

TESTIMONI PELANGGAN JAHITAN TELEKUNG









Assalamualaikum. Cuma nk brkongsi hasil tangan tukang jahit amatur. Pertama kali mnjahit telekung tp hasilnya Subhanallah. Mmg puas hati. Asbab nota ringkas tp padat dr kak Zai Amaludin. Semoga Allah mengganjarkan kak zai dgn sebaik2 ganjaran.
Lain org lain tujuan dia memulakan bisnes telekung. Saya pulak, trjebak dgn bisnes mnjahit telekung ni asbab minat yg mndalam pd bidang jahitan. Ditambah pulak sy ni sgt obsess dgn telekung yg selesa yg cntik. Maka bertemulah dgn blog kak zai & trus beli nota jahit dr kak zai. Tak trlintas pon dlm fikiran sy yg bisnes jahitan telekung ni dpt membantu insan lain menambah pndapatan. Ditakdirkan Allah, tahun lepas brkenalan dgn pelajar pondok brdekatan rumah sy. Pendek crita selepas sy dpt tau beliau pndai mnjahit, sy offer kat dia kalau2 dia nk blajar mnjahit telekung. Terus beliau stuju utk belajar & beliau pulak yg offer kat sy utk jahitkan smua tempahan telekung yg sy terima. Alhamdulillah, upah jahit yg diberi tidak lah trlalu tinggi tp insyaAllah brpatutan dgn hasil jahitan. Plg pnting, byk membantu beliau. Paham2 la plajar pondok mana sempat nk pegi kerja kan. Smoga stiap pahala yg diperoleh dr pemakai telekung2 ini, mnjadi saham pahala utk kak zai jugak. Saya doakan semoga dgn bisnes telekung ini mnjadi ladang pahala utk kita smua. Amin...


Penghargaan dari pembeli nota jahit telekung..lama dah tu.
Semoga terus maju.



Monday, March 6, 2017

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 5 MAC 2017











Latifah dari Mindef dan Suriaty dari Sentul.

Dua orang peserta kelas yang dah pandai menjahit jadi cepat siap telekungnya. Suriaty balik awal sebab bawa ank kecil 4 bulan, bagus suami jaga sementara isteri belajar menjahit telekung. 

Latifah memang banyak pengalaman menjahit tapi masih nak berguru untuk jahitan telekung. Lepas ni boleh ambil tempahan telekung pulak.

Suriaty hadiahkan kek lapis yang sedap dan manis.  Bab manis kena kawal sikit :) Suriaty asal Sarawak jadi pandai buat kek lapis dan ambil tempahan kek jugak.


KARNIVAL KARANGKRAF 4 MAC 2017















Karnival Karangkraf vs Sifubad
3 - 5 Mac 2017

Hadir sebagai penulis buku Mudahnya Jahit Telekung pada 4 Mac 2017, Sabtu.

Pengunjung ramai jugak. Cuaca agak mendung dan hujan sekejap.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...