TELEKUNG UNTUK PUTERI

Friday, July 29, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI SIEM REAP KEMBOJA 22/7/16 HINGGA 27/7/16..HARI PERTAMA MENJAHIT










Hari pertama kami tiba 22/7/16.

Selepas rehat dan makan tengahari, kelas bermula.  4 orang surirumah ini sudah ada pengalaman menjahit pada tahap berbeza.

Habibah, fasih Bahasa Melayu.  Beberapa  tahun tinggal di Johor dan Melaka sebagai tukang jahit.

Rokiah, kakak ipar kepada Habibah. Pandai Bahasa Melayu. Pandai menjahit.

Rohani, faham Bahasa Melayu kurang fasih bercakap. Pandai menjahit.

Safinaz, tak pandai Bahasa Melayu. Kurang pandai menjahit. Dibimbing kakak kakak.

Kesemua mereka ada pertalian keluarga dan berasal dari satu kampung.

Alhamdulillah, cepat tangkap penerangan dan cepat menjahit.

Kami menjahit hingga malam.






Thursday, July 28, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI SIEM REAP, KEMBOJA 22/7/16 HINGGA 27/7/16...HARI PERTAMA


















AAKUN.....ucapan terima kasih dalam bahasa Cham.

Aakun kepada TELEKUNG PROJECT kerana menjemput saya menjadi tenaga pengajar mejahit telekung kepada beberapa orang surirumah Muslim di SIEM REAP KEMBOJA.

Satu tawaran melalui pesanan whatsapp yang tak mudah ditolak. Mudahnya ALLAH atur satu perjalanan. Tawaran diterima, pasport diperbaharui.

22/7/16 seawal 4 pagi tiba di KLIA2 untuk penerbangan ke Siem Reap pada pukul 6.50 pagi.

AirAsia flight AK542 membawa rombongan kami seramai 5 orang dan segala peralatan termasuk 5 buah mesin jahit mudahalih.

Kami disambut oleh Nasir dan Salim, 2 beradik yang menjadi pemandu pelancong sepanjang kami berada di Siem Reap.

Dengan bantuan TELEKUNG PROJECT, adikberadik ini telah membuka sebuah restoran makanan halal di kawasan Muslim di Siem Reap. Tugas memasak dilakukan oleh kaum wanita iaitu isteri dan adik mereka.

Pelancong Muslim termasuk dari Malaysia dapat menikmati makanan halal di SIEM REAP BACKPACKER HALAL RESTAURANT.




Thursday, July 21, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 16/7/16

















Kelas jahit telekung selepas cuti Ramadhan.

Beberapa orang bakal peserta terpaksa tangguh belajar atas sebab sebab yang pelbagai.

Jadinya hanya Puan Huraizah dari Desa Pandan yang hadir pada hari Sabtu tersebut.

Alhamdulillah kelas berjalan lancar seperti biasa.

Doa semoga Huraizah dapat jahit dengan baik dan berjaya dalam misi beliau.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...