TELEKUNG UNTUK PUTERI

Monday, October 31, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK



















Kelas jahit telekung yang akhir untuk bulan Oktober 2016. Kelas akan berehat 2 minggu. InshaAllah jika ada permintaan akan ada semula mulai pertengahan November.

Kelas bersama Puan Zainab dari Sungai Buloh, seorang lagi peserta tak dapat hadir.

Puan Zainab memang sudah pandai menjahit dan beliau mengambil tempahan baju kurung dan jubah. InshaAllah selepas ini boleh ambil tempahan jahit telekung pula.

Monday, October 17, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 15/10/16











Puan Suhana dan Puan Hanani adalah kawan baik, tinggal di Bandar Sri Damansara.   Puan Lin rupanya tinggal di kawasan yang sama.  Jiran gitu.

Mereka bertemu di Masjid Al Khairiyah Sri Gombak.  Semoga ukhwah berpanjangan.

Renda putih yang biasa digunakan untuk jahit telekung sudah kehabisan jadi semua peserta jahit menggunakan renda warna merah jambu. Lembut je warnanya.

Monday, October 10, 2016

GANTI PENITI





Untuk memanjangkan usia kertas pola, kita boleh guna paper clip macam dalam gambar.  Tak payah guna peniti. 

Idea dari seorang peserta kelas jahit telekung pada tahun 2014.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...