Thursday, July 27, 2017
KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 23 JULAI 2017
Apa yang Allah rancang itu lebih baik dari perancangan kita.
Syu dari Rawang, nak belajar jahit telekung, nak jahit untuk mak yang akan menunaikan Haji. Tertangguh kelas atas sebab tertentu. Rupanya Allah nak atur supaya boleh bertemu Na dari Rawang juga. Maka mereka berdua datang bersama.
Na atau Zarina Mohamed ialah pakar jahit sulam juga cikgu baju kurung. Kalau ada yang selalu tonton DIY TV al Hijrah mesti kenal.
Wednesday, July 26, 2017
KELAS ONLINE JAHIT TELEKUNG
KELAS ONLINE JAHIT TELEKUNG
Jom jahit pahala, jom kumpul pahala akhirat.
Ingin belajar jahit telekung sendiri tapi tidak punya masa untuk ke kelas atau ada masa tapi tiada kelas berdekatan.
Jom belajar jahit secara online di dalam group whatsapp melalui video video yang akan diberi berperingkat.
Penerangan terperinci setiap langkah, dari mula menggunting kain sehingga menjahit.
Apa yang anda akan dapat ialah :
~Ilmu sepanjang hayat.
~Buku OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG terbitan Alaf21 Karangkraf.
~Pola pola telekung jadi tak perlu lukis sendiri.
~Pola pola jahit stoking.
Berminat untuk belajar santai jahit telekung?
Jom whatsapp 0123569717
ILMU BERKAT SEPANJANG HAYAT
Saturday, July 1, 2017
KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 1 JULAI 2017
Kelas jahit telekung pada Hari Raya ke 7.
Kelas yang tak dirancang tapi atas permintaan seorang guru dari Putrajaya.
Puan Aishah berhubung melalui whatsapp menyatakan hajat untuk belajar jahit telekung. Setelah ditimbang dan memikirkan guru guru masih bercuti raya juga tak nak menghampakan niat beliau maka kelas pun diadakan walaupun hanya seorang peserta.
Seperti biasa, peserta diajar menjahit 2 jenis pelapik dahi iaitu dihias renda dan smocking. Puan Aishah memilih pelapik dahi smocking untuk dijahit ke telekung. Hasil jahitan corak dari mesin jenama Berlina menyerlahkan lagi hasil jahitan di pelapik dahi.
DIY TV AL HIJRAH
Alhamdulillah, sekali lagi dapat peluang bersiaran secara lansung di segmen DIY TV AL HIJRAH pada hari Isnin 19 June 2017. Kali ini demo cara menjahit pinggang kain telekung menggunakan kaedah tali dan getah.
Dapatkan buku OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG untuk mempelajari cara jahit telekung.
Hubungi melalui whatsapp 0123569717 untuk keterangan lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)