TELEKUNG UNTUK PUTERI

Friday, June 24, 2011

TIP JAHIT TUDUNG...CARA JAHIT KERINTING TEPI TUDUNG


Jahit tepi saiz halus..



..lepas tu jahit zig zag



Mesin jahit tepi kak zai memang dah set halus jadi hanya perlu jahit keliling tudung lepas tu guna mesin jahit biasa untuk jahit zig zag.

Guna 'length' yg kecil contoh kak zai guna 1.5..'width' biarkan besar dan kak zai guna 5.
Sambil jahit zig zag kita kena tarik sikit supaya jadi kerinting.

Kak zai cadangkan cuba jahit di kain perca dulu..mahirkan diri ya.

SELAMAT MENCUBA :)

Tuesday, June 21, 2011

I SEW A BAG..I SELL THE MATERIAL..I SHARE THE TUTORIAL


Shopping bag


Kain ni bidang 60" boleh dapat 2 beg. Mula2 lipat dua kain tu..

Lipat 12" lebih kurang saperti di atas...

Selepas di gunting akan dapat kepingan2 saperti dalam gambar.
Yang bawah sekali ialah untuk tali beg.

Untuk tali beg, lipat saperti di atas..
dan lipat sekali lagi...

Pastu jahit mesin.

Tali beg siap dijahit.

Lipat kain untuk badan beg ke dalam lebihkurang 2", ukur jarak dan pinkan tali beg tadi.

Jahit keliling tali...

...jadi macam ini
Kemudian cantum bahagian tepi beg..kiri dn kanan
(lupa ambik gambar)

Jahit penjuru beg..


Terbalikkan....ok dah siap beg :)
Kalau berkenan kain dan nak jahit sendiri boleh beli ya...

Saturday, June 18, 2011

KELAS JAHIT TUDUNG..DENGAN AYU



Kelas hari ni 18 Jun dengan Ayu...

Ayu dah pandai jahit selepas beli kit tudung ala ariani aritu.

Tapi Ayu kata dia masih nak berguru, jadi dalam kelas dia jahit tudung jakarta.

Labuh tambah 3" dari pola asal.

Hasil saperti dalam gambar.

Wednesday, June 15, 2011

TIP JAHIT TUDUNG...JAHIT TINDIH ATAS SENGKUAP


Mulakan jahitan dari cantuman dagu, lipat sikit ya.


Teruskan jahitan hingga sampai di sambungan sengkuap dan badan tudung.
Jangan tarik kain ketika menjahit.

Tegangkan kain dengan menarik kain ke kanan dan ke kiri sambil menjahit.
Tujuannya supaya hasil jahitan jadi kemas.

Selamat mencuba :)

Monday, June 13, 2011

KELAS JAHIT TUDUNG..11 Jun 2011

Mas waiting for her turn at the machine.

An already experienced sewer.

The 'sengkuap/awning' being prepared.


Class on Saturday..mother and daughter team, what an enterprising duo :)
Puan Noraini and Mas, I wish you all the best.

Monday, June 6, 2011

TIP JAHIT TUDUNG...CARA GUNTING KAIN (SAMBUNGAN)


Ketika menggunting kain elakkan mengangkat atau menarik kain tersebut.

Jika anda buat saperti di atas kesannya bentuk tudung akan 'lari' tidak sama dengan bentuk pola.

Jangan lupa guna gunting tajam :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...