TELEKUNG UNTUK PUTERI

Saturday, September 22, 2018

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 22/9/18














Kelas 22/9/18 Sabtu.

Puan Anisah dari Nilai masuk kelas hari ini.  Jauh memandu untuk menuntut ilmu.

Beliau jadi fb friend sejak kak zai kali pertama bersiaran live di TV Al Hijrah pada 2017. Masa tu jahit stoking. Dan beliau pakai stoking yang dijahit sendiri berpandu kepada ukuran yang diberi dalam blog dan youtube.

Kelas habis sebelu Asar.

Semoga Anisah berjaya menjadikan telekung sebagi produk tambahan bisnes jahitan.


KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 16/9/18

















Terlambat update blog untuk kelas 16/9/18 bersama Puan Norlia dari Bandar Baru Bangi dan Puan Saabihah dari Taman Bolton, Batu Caves.

Seperti biasa kelas bermula pukul 9 pagi sehingga siap.  Norlia siapkan dulu diikuti Saabihah.

Bila belajar sesuatu yang baru dalam bidang jahitan, tetas menetas memang tak dapat dielakkan.

Setiap kesilapan di dalam kelas adalah umpama pelajaran. Tetas dan jahit semula.

Yang penting bagi seorang penyampai ilmu ialah kefahaman. Pelajar atau peserta kelas dapat faham sesuatu teknik dan dapat jahit bila bersendirian.

Semoga Norlia dapat menjahit telekung wakaf selepas ini dan Saabihah dapat jahit untuk diri sendiri dan keluarga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...