TELEKUNG UNTUK PUTERI

Wednesday, January 24, 2018

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 23/1/18















Kelas jahit telekung pertama untuk tahun 2018.

Puan Halimahton seorang pesara guru matematik sudah lama berminat nak belajar jahit telekung akhirnya sudah berjaya jahit telekung sendiri.

Sepatutnya ada sorang lagi peserta tetapi batal saat akhir sebab anak kurang sihat.

Riuh juga kelas tadi sebab 2 orang pelajar lama datang melawat.  Mila ialah pelajar kedua belajar jahit telekung masa tu kelas masih buat di rumah.  Yan pula sudah setahun belajar.  Masing2 punya bisnes telekung sendiri.  Alhamdulillah.

Berbalik kepada Puan Halimahton, beliau sungguh puashati dapat siapkan telekung sebelum azan Asar.

Semoga dapat menjahit banyak telekung untuk amal.

Monday, January 22, 2018

KIT JAHIT TELEKUNG





KIT JAHIT TELEKUNG

Tahun 2018 kita sediakan set yang lebih murah. Supaya lebih ramai dapat belajar menjahit telekung.

Hubungi Kak zai 0123569717.


Friday, January 5, 2018

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 31/12/17
















KELAS PENUTUP TAHUN 2017

31 Disember 2017

Baru sempat nak update blog. SELAMAT TAHUN BARU
Kelas penutup dihadiri 2 peserta.

Puan Salmiah dari Serendah dan Puan Fatimah dari Puchong.

2 orang peserta ini dapat harga yuran istimewa iaitu RM170 termasuk semua bahan.
Juga dapat renda istimewa yang dibeli di Bukit Tinggi, Padang.

Puan Salmiah dan Puan Fatimah sudah pakar dalam jahitan, Jahitan telekung sebagai tambahan ilmu dan akan dijadikan produk baru mereka nanti.

Semoga berjaya kepada keduanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...