TELEKUNG UNTUK PUTERI

Tuesday, June 18, 2019

STOKING








TEMPAHAN STOKING

Lama tak jahit stoking sebenarnya. Penghujung Ramadan dapat tempahan dari sebuah surau untuk 50 pasang stoking.  Stoking akan dihadiahkan kepada jemaah yang akan hadir ke majlis khatam Al Quran di bulan Syawal.

Anak anak gunting dan jahit hampir kesemua 50 pasang.

Ada beberapa pasang kena 'reject' atas beberapa faktor..jadi gunalah sendiri.

Pakailah stoking untuk menutup aurat sebab kaki itu aurat juga.


Nak belajar jahit stoking?  Sila ke Youtube Channel Zaira Zai

TELEKUNG MIN-TA BERPOKET






TELEKUNG MIN-TA BERPOKET
HAWWA FIRDAUS



MIN ialah singkatan kepada perkataan Cermin

TA ialah singkatan kepada perkataan Mata

Sejarah rekaan Telekung Min-Ta bermula pada akhir 2017. Ia bermula bila melihat seorang sahabat memakai cermin mata ketika solat.  Beliau terpaksa pakai sebab tidak dapat mengagak jarak sejadah ketika hendak sujud.

Berapa kali jahit dan tetas, jahit dan tetas, sebelum dapat kaedah jahit yang betul untuk memasukkan bingkai cermin mata tanpa menyentuh rambut.

Hanya mereka yang memakai cermin mata tahu kesulitan bila menarik keluar bingkai dari muka telekung.  Tak banyak, sehelai dua rambut pasti ikut keluar bersama bingkai cermin mata.

Terima kasih Allah kerana memberi ilham menjahit Telekung Min-Ta.

Niat dan harapan semoga ramai dapat manfaat dari telekung ini terutama pemakai cermin mata.

Hubungi 0123569717 untuk keterangan lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...