TELEKUNG UNTUK PUTERI

Tuesday, January 24, 2017

JADUAL KELAS JAHIT TELEKUNG




KELAS JAHIAT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 22 jANUARY 2017



Mahani.

 Watie.


 Menjahit tali..cara untuk membuat tanda tengah.


 Watie dengan telekungnya..


 Letihnya muka cikgu..malam sebelum ada ceramah perdana Ustaz Azhar Idrus. Banyak tugasan di masjid.


Dah siap.


Mahani dengan telekungnya..siapa tu di belakang?




Kelas pertama jahit telekung untuk tahun 2017.

Watie dari Bangi dan Mahani dari Puncak Jalil.

Ibu ibu yang punya anak perempuan datang belajar jahit telekung. InshaAllah hasil tangan ibu nanti untuk anak anak solehah.

Bagaimana nak gambarkan kepuasan jahitan sendiri? Hanya yang menjahit benar benar tahu.


Sunday, January 15, 2017

JADUAL KELAS JAHIT TELEKUNG





Yuran : RM220 termasuk semua bahan bahan.

Peserta bawa mesin portable sendiri, jika tiada boleh sewa mesin industri wakaf Masjid pada kadar RM10 satu mesin.

Alatan lain yang perlu dibawa: gunting kertas, gunting kain dan benang putih.

ILMU BERKAT..UNTUK IBADAT

Wednesday, January 11, 2017

KIT JAHIT TELEKUNG


Jom jahit telekung...

Teringin nak jahit sendiri telekung untuk keluarga? Untuk diri sendiri, anak anak perempuan, mak kita, mak mertua, untuk dihadiahkan, untuk wakaf?

Panjang senarainya. Besar pahalanya. Manakan tidak, setiap kali ada yang memakai telekung yang kita jahit, akan ada pahala yang tertulis untuk kita. 

Tetapi kita tak punya masa untuk belajar dalam kelas.  Mungkin disebabkan sibuk, anak kecil tak boleh ditinggalkan, kelas jauh dan pelbagai alasan lagi.

Belajarlah dengan Kit Jahit Telekung ini. 

Lengkap semua bahan untuk belajar jahit sepasang telekung. Tidak perlu keluar rumah untuk membeli kain, renda, getah, semua disediakan.

Buku OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG dan pola pola yang disertakan akan membantu langkah langkah menjahit dari awal hingga akhir.

Jom jahit telekung sendiri.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...