TELEKUNG UNTUK PUTERI

Sunday, November 20, 2016

BEG COMEL UNTUK LACI







Anak jahit beg kecil untuk isi bobbin mesin jahit dia.  Comel.

Kemudian dia tanya. "umi nak jugak ka" Nak le...

Jadi dia jahit lagi tiga beg comel. Saiz semuat laci mesin jahit. Isikan dengan semua benda kecil yang ada dalam laci. Bukan hanya bobbin tapi screw driver, kotak jarum, penetas dan lain lain.

Laci tak bersepah dan mudah cari barang.

Sunday, November 13, 2016

STOKING JAHIT SENDIRI, UKURAN POLA PERCUMA












Kaki perempuan Islam adalah aurat. Jadi wajib ditutup. Jika ada kemahiran menjahit, ada mesin jahit, ada perca kain yang sesuai cubalah jahit sendiri stoking.

Mesin yang paling sesuai digunakan ialah mesin jahit tepi biasa. Jika jahit untuk pakai sendiri, boleh guna mesin biasa tetapi untuk kemasan di bahagian dalam gunalah mesin jahit tepi.

Kain yang sesuai pulak ialah jenis yang memeri. Lycra, jersey, cotton t shirt, denim yang memeri dan apa apa material yang anjal.

Jika baru nak cuba jahit, dicadangkan guna baju t lama.

Ukuran boleh diubah, besarkan atau kecilkan mengikut kesesuaian. 

Bahagian D ialah bahagian atas buku lali, jika nak panjang, tambah ukuran. Pastikan ira kain yang paling anjal di bahagian keliling kaki. Jika silap, mungkin susah nak sarungkan kaki.





Cara mencantum ada di sini.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...