TELEKUNG UNTUK PUTERI

Tuesday, May 31, 2011

TIP JAHIT TUDUNG...CARA GUNTING KAIN


Pola dah ada..kain dah beli..jarum emas dapat satu...pengeras pun ada......

Masih ada yang bertanya nak guna kain apa untuk buat tudung, jawapannya ialah kain jersey atau lycra.. bidang kain tu..biasanya 58" ke 60" Jenis yang berat bila di pegang sesuai sangat sebab bila dah siap tudung cantik je jatuhannya.

Ok macam mana nak gunting kain? Bentangkan kain, dan lipat secukup saiz pola, cara melipat ada 3...dilipat serong, dilipat ikut ira kain, dilipat ikut bidang iaitu tepi kain bertemu. Kak zai paling suka cara ketiga sebab kain lebih anjal..dan paling kurang kemungkinan tudung jadi ketat di kawasan dagu.

Jika kain bercorak elakkan melipat kain cara serong...ini untuk mengelak kecelaruan corak di tempat cantuman.

Jangan lupa guna gunting yang tajam...O ya tak perlu basi :)

Monday, May 23, 2011

PENGUMUMAN KELAS JAHIT TUDUNG



ASSALAMUALAIKUM

Saperti tahun lepas, kak zai tidak mengadakan kelas pada bulan Ramadhan.

Jika ingin belajar dan menjahit tudung untuk diri sendiri dan keluarga

sempena Aidilfitri nanti, ini lah masanya.

Kit Permulaan Jahit Tudung

dijual saperti biasa.

TERIMA KASIH.

Friday, May 20, 2011

SARUNG BAKUL SAMPAH


Lama tak jahit sarung bakul sampah.

Tak susah jahit dan modal pun tak banyak.

Yang perlu banyak ialah kretivti.. :)

Thursday, May 12, 2011

SEWING WITH FRIENDS











Wednesday 11 May 2011....A demonstration on how to sew a tudung was held at Dewan Rukun Tetangga Fasa7 Taman Sri Gombak. All participants are my friends and that make the session more enjaoyable :)

Happy sewing your own 'tudung' ladies.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...