TELEKUNG UNTUK PUTERI

Thursday, August 25, 2016




Menjahit di tepi tingkap. Ada cahaya. Ada pemandangan. Ada mesin lama yang pasti berjasa. Bergantungan pelapik dahi siap dijahit tali.
Ini gambar ruang menjahit salah seorang PJJ (pelajar jarak jauh) telekung nun di utara. Gambar disiarkan dengan izin kakak beliau yang juga seorang tukang jahit hebat tapi lain bidang.
Puan A beli nota jahit telekung beberapa tahun lepas. Pada permulaan rajin bertanya kemudian hilang tanpa berita.
Kemudian sesekali muncul penuh berisi.
Diam diam ubi...
Alhamdulillah dah tak menang tangan menerima tempahan.
Sebelum mengerjakan Haji tahun sebelum ini, beliau berhubung untuk maklumkan berita gembira. Ingat juga kepada cikgu.
Semoga terus berjaya.
Begitu juga semua anak murid jarak jauh atau jarak dekat dan pernah bertemu, kalian sentiasa dalam doaku

Monday, August 22, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 21/8/16











 Mazlina dari Bukit Permata..kejiranan saja ni :)


 Yan dari Sri gombak...lagi dekat dengan Masjid.


 Aida dari Manjung..jauh tu.










Kelas Ahad 21/8/16.

Peserta kali ini...

Kebetulan, bila ditanya orang mana? Wah..semua orang utara. Aida, Maz asal Perak. Yan asal Penang. Cikgunya..Lahir Kelantan, besar di Kedah.
Jadi kami semua cakap loghat utaralah :)

Gambar diambil menggunakan kamera hp dan kamera NX1000 jadi kualiti berbeza beza.

Alhamdulillah kelas berjalan lancar walaupun habis sedikit lewat.  Yang penting semua bahagian penting siap.


Sunday, August 21, 2016

KIT JAHIT TELEKUNG







KIT JAHIT TELEKUNG disediakan untuk memudahkan pembelajaran jahit telekung bagi mereka yang tidak dapat datang ke kelas atau mungkin tinggal jauh, 

Dengan harga hanya RM90 bagi Semenanjung dan RM95 untuk Sabah dan Sarawak, anda dapat Kit yang mengandungi semua yang diperlukan untuk menjahit sepasang telekung.

Buku photocopy TELEKUNG UNTUK PUTERI.
Buku photocopy TELEKUNG UNTUK BONDA.
Pola pola stoking.
Kain siap gunting untuk sepasang telekung beserta semua bahagian bahagiannya.
Getah untuk pinggang dan tali.
Getah untuk pelapik dahi.
Renda kecil dan besar.

Thursday, August 18, 2016






ILMU SEPANJANG HAYAT

ILMU UNTUK BERIBADAT

ILMU YANG BERKAT


Sila hubungi melalui whatsapp 0123569717 jika minat membeli.

Tuesday, August 16, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 14/8/16















 Puan Azrina dari Ukay Perdana





 Puan Hasnah dari Taman Melati dan Puan Hasimah dari Sri Gombak


 Testing fitting..


 Cantik dan kemas hasil jahitan.






Hasilnya....



Sudah dua kali kelas diadakan dalam Pusat Aktiviti Muslimat atau PAM Masjid al Khairiyah Sri Gombak. 

Muat untuk 3 orang peserta jika lebih kena pindah ke bilik yang lama.

Peserta kali ini datang dari kejiranan. Alhamdulillah semua dapat jahit dengan baik.

Selamat maju jaya dalam dunia jahitan telekung.



ILMU SEPANJANG HAYAT

ILMU UNTUK BERIBADAT

ILMU YANG BERKAT

Monday, August 8, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 7/8/16










 Cik Shara dari Kepong.


 Puan Saniah dari Puncak Alam



Puan Anisah dari Rawang.




Kelas jahit telekung di Masjid Al Khairiyah Sri Gombak.

3 peserta yang pada mulanya malu nak bergambar jadi diambil gambar sipi2.

Alhamdulillah bila telekung siap dijahit, semua bergambar dengan ceria.

Al kisah, Puan Saniah datang lewat sebab kereta ada masalah tetapi dengan semnagat nak belajar, beliau dapat siapkan telekung dengan sempurna.

Semoga semua peserta dapat menjahit dengan baik memenuhi niat murni masing masing.

Friday, August 5, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG BERSAMA TELEKUNG PROJECT DI SIEM REAP KEMBOJA..MENU DAN MAKANAN




















Orang Kemboja makan rebus rebus bukan tumis tumis berminyak macam menu kita. Mungkin sebab itu saiz badan mereka masih slim tak berlemak. Kulit muka juga nampak bersih, cantik.

Menu mereka tak jauh beza dari menu Siam tapi rasa ada kelainan.

Menarik, mereka suka jamu masakan daging yang diberi nama LEMBU NAIK BUKIT!.

Fikir fikir kenapa diberi nama begitu..ok..penggunaan dapur khas seperti dapur orang Korea.  Bentuk dapur seperti dalam gambar, tinggi di tengah se[erti bukit.  Masakan ini dimasak dihadapan tetamu. 

Kami saksikan cara masak di SIEM REAP BACKPACKER HALAL RESTAURANT dan sekali lagi di Kampung Mongkul Borey. 



Gambar bawah sekali ialah talam talam berisi pelbagai serangga yang digoreng.  gambar diambil dari dalam van jadi tak pasti jenis jenis serangga.

Berani cuba?  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...